Selama 44 hari aku berada aku berada di tanah yang berkah(mekah & madinah) pada tahun 2010. Banyak keberkatan, impak, pengajaran yang aku dapat. Salah satu yang aku nak dijadikan nota aku sepanjang zaman ialah keajaiban yang dapat aku rasai kesan nye hanya dengan membaca Al-mathurat, buku yang kecil yang amat membantu perubahan harian aku.
Pada mula nya aku mengenal al-mathurat hanya kebetulan yang bermula dari aku berkawan dengan seorang gadis yang bernama Mariam Diyana, kawan sekolah menengah aku yang duduk di sebelah meja belajar di kelas aku. Aku mendapati dia setiap kali diwaktu kelas pagi atau petang akan membaca buku kecil yang bersaiz 4cm X 5cm. Dan di surau sekolah asrama ku, banyak disedia kan buku al-mathurat kecil ini. Pada mula nye aku berasa jangkal kerana kekurangan ilmu dalam diri aku. Pada mula nya aku hanya mengetahui, hanya al-quran yang perlu di ulang-ulang, kenapa dia nak buang masa dengan baca buku kecil ni. Akhirnya aku mengambil buku itu dan ku baca. Oo..zikir amalan Nabi Muhammad s.a.w pada waktu pagi dan petang.
Tp ilmu aku hanya terhenti setakat itu, kadang-kadang aku baca. Dan kadang-kadang aku abaikan. Sampai aku habis persekolahan, tiada lagi motivasi harian yang dapat ku dengari tanpa dicari. Akhirnya aku hanyut dalam keduniaan dan kelalaian.
Sampai saat tiba masa untuk aku berangkat untuk menunaikan haji. Aku masih tidak meng UPDATE iman ku. Aku biarkan iman ku berhabuk tidak dibersihkan. Sesampai aku di tanah suci mekah, aku hanya menjadikan hari-hari aku seperti hari-hari lain di malaysia. Mensia-sia kan waktu, borak kosong, mengikut hawa nafsu. Sampai satu saat, aku dapat berita memilukan hatiku. Aku tergamam dan hanya mampu menagis. Dan sejak detik dan saat itu aku mula sedar, sampai bila aku nak dihayut kelalaian tanpa sedikit pon syukur di hati segala nikmat yang Allah beri.
Akhirnya, aku diberi ilham dan petunjuk oleh Allah. Dan mendapat kesedaran, dunia hanya sementara, kehidupan akhirat adalah segala nya. Bila sampai di kehidupan akhir, kehidupan di dunia ini, bagai baru sedar dari mimpi.
Salah satu amalan yang kami sekeluarga lakukan bersama di tanah suci mekah ialah membaca al-mathurat pada waktu lepas subuh dan lepas maghrib. Tetapi, sesampai di madinah, berbeza solat dimasjid, jd tiada membaca al-mathurat di bilik hotel. Akhirnya aku mendapat rasa kelainan pada diri ini. Hati bagai mula dibuai dengan hasutan syaiton. Hati tiada ketenangan dan hanya nafsu yang lebih diutamakan. Sejak dari itu aku berazam untuk meneruskan bacaan zikir ini sepanjang umur hidup ku.
Setelah aku pulang ke malaysia, aku inggin sekali mencari kelebihan lain yang terdapat didalam membaca al-mathurat ini. Dan ku mencari maklumat didalam internet. Dan ini yang aku dapat.
Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak di inggini.
3. Allah mencukupkan nya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu melainkan Allah dapat mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
Kredit: IluvIslam.com dan www.hatikering.wordpress.com
Hurmm, ini saja sekadar yang dapat dikongsi dari pengalaman yang aku ada.
Harap aku dapat tarbiah dan tazkirah kan diri aku hingga akhir hayat aku dengan sedikit coretan aku ini. Amin.
No comments:
Post a Comment